Seminggu lebih saya tak update blog ni. Saya pergi kursus di KL. Kursus dari pagi hingga malam. Memang tak berkesempatan langsung untuk update. Sorry na :)
Hari ni saya teringin nak share dengan korang berkenaan Shaklee Corporation. Apa yang best sangat Shaklee ni. Sampai semua orang asyik sebut pasal Shaklee je.
Meh kita siasat!
Shaklee Corporation telah di tubuhkan pada tahun 1956 oleh Dr Forrest C. Shaklee. Sudah hampir 59 tahun usia syarikat Shaklee Corporation dan ia masih lagi berdiri teguh dalam membantu orang ramai untuk hidup secara sihat. Tidak banyak syarikat yang mampu pergi sejauh ini.
Setiap syarikat mempunyai misi tersendiri. Begitu juga denga Shaklee Corporation. Misi Shaklee adalah memberikan kehidupan yang lebih sihat dan juga kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa sahaja.
Secara ringkasnya, setiap produk yang direka oleh Shaklee adalah untuk meningkatkan kesihatan dan juga mesti mesra alam.
Serba sedikit berkenaan kelebihan Shaklee:-
- Sebagai sebuah syarikat pemakanan semulajadi nombor 1 di Amerika Syarikat.
- Menjadi syarikat pertama di dunia yang diperakui Climate Neutral™ (pengimbangan pelepasan karbon secara total untuk memberi kesan impak yang sifar pada alam sekitar).
- Menjana 54 pingat Emas di sukan Olimpik dengan produk Shaklee.
- Melabur lebih daripada US$ 250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
- Lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun bangi menguji ketulenan dan keselamatan produk.
- Menyediakan peluang pekerjaan dari rumah.
Ingat Shaklee, ingat tiga perkara penting ini: