Sunday 13 September 2015

Pasai Apa Hang Pilih Shaklee?

Bismillah

Seminggu lebih saya tak update blog ni. Saya pergi kursus di KL. Kursus dari pagi hingga malam. Memang tak berkesempatan langsung untuk update. Sorry na :)

Hari ni saya teringin nak share dengan korang berkenaan Shaklee Corporation. Apa yang best sangat Shaklee ni. Sampai semua orang asyik sebut pasal Shaklee je.

Meh kita siasat!


Shaklee Corporation telah di tubuhkan pada tahun 1956 oleh Dr Forrest C. Shaklee. Sudah hampir 59 tahun usia syarikat Shaklee Corporation dan ia masih lagi berdiri teguh dalam membantu orang ramai untuk hidup secara sihat. Tidak banyak syarikat yang mampu pergi sejauh ini.

Setiap syarikat mempunyai misi tersendiri. Begitu juga denga Shaklee Corporation. Misi Shaklee adalah memberikan kehidupan yang lebih sihat dan juga kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa sahaja.

Secara ringkasnya, setiap produk yang direka oleh Shaklee adalah untuk meningkatkan kesihatan dan juga mesti mesra alam.

Serba sedikit berkenaan kelebihan Shaklee:-

  1. Sebagai sebuah syarikat pemakanan semulajadi nombor 1 di Amerika Syarikat.
  2. Menjadi syarikat pertama di dunia yang diperakui Climate Neutral™ (pengimbangan pelepasan karbon secara total untuk memberi kesan impak yang sifar pada alam sekitar).
  3. Menjana 54 pingat Emas di sukan Olimpik dengan produk Shaklee.
  4. Melabur lebih daripada US$ 250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
  5. Lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun bangi menguji ketulenan dan keselamatan produk.
  6. Menyediakan peluang pekerjaan dari rumah.
Ingat Shaklee, ingat tiga perkara penting ini:
  • Sentiasa Selamat
  • Sentiasa Berkesan
  • Sentiasa Semulajadi



Sunday 30 August 2015

Set Menyusu Shaklee Bantu Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum you all

Apa khabar hari ini? Semoga sihat sejahtera hendaknya.

InsyaAllah, hari ini saya hendak kongsikan berkenaan suplimen untuk ibu yang menyusu supaya penghasilan susu badan sentiasa meningkat dan maintain.

Sebenarnya, hanya ada satu konsep sahaja yang wajib ibu-ibu menyusu ikuti jika ingin meningkatkan penghasilan susu badan iaitu:

"SUPPLY VS DEMAND"

Untuk banyakkan susu, si ibu perlu kerap mengosongkan breast untuk memberi rangsangan kepada tubuh supaya dapat menghasilkan susu badan yang mencukupi untuk keperluan bayi.

Semakin kerap breast dikosongkan, semakin banyak susu yang dihasilkan.

Bagaimana Set Menyusu Shaklee Membantu Dalam Meningkatkan Susu Badan?

Berbalik kepada suplimen, ia bukanlah untuk memperbanyakkan susu badan semata-mata tetapi lebih kepada memberi tenaga dan kesihatan yang baik kepada si ibu.

Cuba anda bayangkan jika seseorang ibu itu selalu dihantui dengan keletihan, tidak cukup tidur, tiada mood, tertekan dan sering sakit-sakit. Adakah proses penyusuan akan berjalan dengan lancar dan jaya? Tentu sekali tidak.

Untuk memastikan proses penyusuan berjalan dengan lancar, ada dua jenis hormon yang perlu dirangsang iaitu:

1. Hormon prolactin yang akan memulakan proses penghasilan susu apabila ada hisapan dari pada bayi.

2. Hormon oxytocin akan mengecutkan otot-otot di sekeliling alveolus bagi menolak susu keluar. Hormon ini akan terangsang apabila si ibu berada dalam keadaan tenang dan gembira. Sebab itu ia di kenali sebagai hormon cinta.

Jadi penting untuk si ibu yang menyusu untuk mengambil suplimen supaya penghasilan susu dapat berjalan dengan lancar dan berterusan.

Set Menyusu Shaklee (Set Lengkap)

Alhamdulillah, anak saya dah 18 bulan dan masih menyusu badan sahaja.

ESP
- Membantu untuk memekatkan susu.
- Membekalkan sumber protein.
- Membekalkan tenaga.

Alfalfa Complex
- Salah satu herba penggalak susu.
- Sebagai perapat.

Vita-lea
- Mengurangkan keletihan pada badan.
- Sumber multivitamin.

Vitamin C
- Membantu penyerapan Vita-lea.
- Membekalkan kolagen kepada kulit.
- Meningkatkan sistem pertahanan badan.

B- Complex
- Membantu mengurangkan stres.
- Membantu pembentukan darah merah.
- Melembapkan kulit.

Osteomatrix
- Membekalkan kalsium kepada badan.
- Membantu anda untuk tidur lena.
- Menghilangkan rasa sakit pada tulang.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui SMS, whatsapp, atau telegram 0135752186.

Wednesday 26 August 2015

Cara Berkesan Untuk Banyakkan Susu Badan

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah, anak saya sudah berumur 18 bulan dan masih lagi menyusu badan tanpa susu formula.



Hari ini saya tergerak untuk kongsi dengan anda beberapa panduan untuk atasi susu kurang.

1. Cari ilmu berkaitan penyusuan

Di awal kelahiran, sering kali kedengaran keluhan si ibu yang mengatakan susunya kurang. Hal ini berlaku kerana kegagalan si ibu yang tidak menuntut ilmu berkaitan penyusuan susu ibu sepanjang tempoh kehamilannya. Apabila kekurangan ilmu, begini lah jadinya.

2. Yakin bahawa setiap ibu telah di anugerahkan oleh Allah untuk mempunyai susu badan.

Terdapat segelintir ibu menganggap cuma ibu yang bertuah sahaja mampu untuk menyusukan bayinya kerana beranggapan dirinya tiada bekalan susu. Tanggapan ini timbul apabila tiada susu yang mengalir keluar daripada puting selepas melahirkan. Ia sama sekali tidak benar.

Penyusuan susu ibu bukanlah proses semulajadi yang mudah dikendalikan. Sebaliknya, ia memerlukan anda untuk terus belajar dan mempraktikkan amalan-amalan yang diyakini dapat merangsang dan meningkatkan penghasiln susu ibu.

3. Kerapkan sesi penyusuan bayi (kosongkan payudara)

Proses ini sangat penting untuk merangsang tubuh bagi menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi. Banyak atau tidak susu ibu banyak dipengaruhi oleh keperluan bayi.  Semakin kerap payudara di kosongkan, semakin banyak susu badan yang dapat dihasilkan.

4. Amalkan petua dan makanan tambahan

Amalkan petua dan makan makanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Sebaiknya di amalkan semasa hamil lagi.

Semoga kita semua dapat menyusukan bayi kita secara eksklusif dengan susu ibu dalam tempoh 6 bulan pertama dan seterusnya sehingga bayi berumur 2 tahun. Amin :)

Resipi Sayur Labu Goreng

Assalamualaikum you all :)

Hari ini saya hendak kongsi resipi sayur labu goreng. Mudah dan cepat si sediakan. Semudah debut ABC, 123 :)


Bahan-bahan:

500g sayur labu
2 ulas bawang murah*
1 ulas bawang putih*
Serbuk perasa
2 sudu besar minyak
Sedikit air

Cara-cara:

1. Bersihkan labu yang sudah siap di potong dadu.
2. Tumbuk bahan yang bertanda*.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan labu dan kacau hingga rata.
5. Masukkan air. Biarkan mendidih.
6. Masukkan serbuk perasa apabila labu sudah empuk.
7. Siap!

Selamat mencuba :)

Tuesday 25 August 2015

Cara Berkesan Rawat Tumit Pecah

Assalamualaikum pembaca blog Pengedar Vitamin Sarawak :)

Semoga sihat sejahtera hendaknya.

Anda ada masalah tumit pecah?


Masalah tumit pecah sering kali berlaku kepada golongan wanita tanpa mengira usia. Baik si gadis mahupun kaum ibu semuanya tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit tetapi ada juga sesetengah wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Rekahan pada tapak kaki menandakan yang kulit anda terlalu kering. Hal ini berlaku kerana badan anda kekurangan air.

Pada mulanya, kulit akan kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dijaga dan dirawat dengan betul, bahagian ini akan mengeras dan akhirnya ia mula merekah atau pecah. Maka terjadilah masalah tumit pecah.

Usah risau!

Masalah kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah tanpa perlu ke spa atau berjumpa doktor. Yang penting anda perlu informasi dan bijak memilih produk yang sesuai.

Produk Apa Yang Paling Bagus dan Sesuai Untuk Masalah Tumit Pecah?

Antara produk yang paling bagus dan berkesan adalah HERBAL BLEND CREAM.


Krim Herbal blend sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering.

Bukan itu sahaja, krim herbal blend juga sesuai digunakan bagi mereka yang mengalami masalah seperti dalam gambar dibawah:



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui SMS, whatsapp dan telegram si 0135752186.

Semoga kita dapat berurusan jual beli bersama :)

Monday 24 August 2015

Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Kanser

Assalamualaikum semua :)

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Pengedar Vitamin Sarawak. Hari ini saya hendak kongsikan kepada anda berkenaan RAWATAN ALTERNATIF KEPADA PESAKIT KANSER.


Setiap penyakit pasti ada ubatnya termasuklah penyakit kronik seperti KANSER ini. Yang paling penting kita usaha dengan apa jua cara yang Allah redha dengan sebaik mungkin.

Salah satu usaha atau rawatan alternatif bagi pesakit kanser ini adalah dengan mengambil sumber makanan yang mengandungi RESVERATROL.

Disini saya lampirkan beberapa bukti kajian berkenaan resverestrol yang mampu merawat sel kanser:

1. Laporan dari Annals of the New York Academy of Sinces 2011, kajian ke atas resveratrol menunjukkan ianya mempunyai kesan anti-kanser.

2. Pada 2008, kajian pada kultur sel, kesan resveratrol menyekat kanser payudara dari terus berkembang di peringkat awal. Hasil kajian ini diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu  mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.

3. Tahun 2007, laporan oleh  Biologi Kanser & Terapi, resveratol bertindak menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (proses dimana sel-sel normal menjadi sel-sel kanser).

4. Satu lagi kajian tahun 2008 di dalam jurnal Karsinogenesis, menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen).

Bagaimana Resveratrol membantu pesakit kanser?

Resveratrol adalah bahan utama di
dalam sebotol Vivix. Ianya adalah bahan yang didapati dari tumbuh-tumbuhan seperti anggur merah. Ia bertindak sebagai pertahanan kepada tumbuhan tersebut daripada terkena penyakit.

Kajian telah dilakukan, dan ianya bertindak sebagai antioksidan dan anti radang.

Bagaimana ingin mendapat khasist Resveratrol?

Sangat mudah untuk dapatkan khasiat resveratrol ini, kita tidak perlu bersusah payah pergi ke US untuk dapatkan anggur muscadine :D

Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan resveratrol ini dengan terciptanya suplemen yang dinamakan Vivix.


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya melalui SMS, whatsapp atau telegram +60135752186



Resipi Kangkung Goreng Belacan

Assalamualaikum you all :)

Hari ini saya hendak kongsi satu resipi yang sangat mudah dan cepat. Sesuai sangat untuk anda yang kesuntukan masa atau rushing.

Resipi Kangkung Goreng Belacan


Bahan-bahan:

1 ikat kangkung
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 tangkai cili api *
1 inci belacan *
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar minyak
Sedikit air

Cara-cara:

1. Bersihkan kangkung.
2. Tumbuk bahan yang bertanda *
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan kangkung dan kacau sehingga rata.
4. Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih.
5. Akhir sekali masukkan serbuk perasa.
6. Rasa dan siap!

Simple kan?

Selamat mencuba :)