Wednesday 26 August 2015

Cara Berkesan Untuk Banyakkan Susu Badan

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah, anak saya sudah berumur 18 bulan dan masih lagi menyusu badan tanpa susu formula.



Hari ini saya tergerak untuk kongsi dengan anda beberapa panduan untuk atasi susu kurang.

1. Cari ilmu berkaitan penyusuan

Di awal kelahiran, sering kali kedengaran keluhan si ibu yang mengatakan susunya kurang. Hal ini berlaku kerana kegagalan si ibu yang tidak menuntut ilmu berkaitan penyusuan susu ibu sepanjang tempoh kehamilannya. Apabila kekurangan ilmu, begini lah jadinya.

2. Yakin bahawa setiap ibu telah di anugerahkan oleh Allah untuk mempunyai susu badan.

Terdapat segelintir ibu menganggap cuma ibu yang bertuah sahaja mampu untuk menyusukan bayinya kerana beranggapan dirinya tiada bekalan susu. Tanggapan ini timbul apabila tiada susu yang mengalir keluar daripada puting selepas melahirkan. Ia sama sekali tidak benar.

Penyusuan susu ibu bukanlah proses semulajadi yang mudah dikendalikan. Sebaliknya, ia memerlukan anda untuk terus belajar dan mempraktikkan amalan-amalan yang diyakini dapat merangsang dan meningkatkan penghasiln susu ibu.

3. Kerapkan sesi penyusuan bayi (kosongkan payudara)

Proses ini sangat penting untuk merangsang tubuh bagi menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi. Banyak atau tidak susu ibu banyak dipengaruhi oleh keperluan bayi.  Semakin kerap payudara di kosongkan, semakin banyak susu badan yang dapat dihasilkan.

4. Amalkan petua dan makanan tambahan

Amalkan petua dan makan makanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Sebaiknya di amalkan semasa hamil lagi.

Semoga kita semua dapat menyusukan bayi kita secara eksklusif dengan susu ibu dalam tempoh 6 bulan pertama dan seterusnya sehingga bayi berumur 2 tahun. Amin :)

1 comment:

  1. pernah juga dengar orang kata
    lagi kerap ibu susukan bayi, lagi banyak susu badan terhasil

    ReplyDelete